title

KeNgKaWaN

Translate

Wednesday, January 18, 2012

~INFO MENARIK! (utk yg da kawen jer k)

ENTRY KALI NI KHAS DITUJUKAN UNTUK SUAMIKU

petang2 nih dikala hujan kelebatan diluar...
mari kiter main terjah2 blog orang...
actualy ngh mencari sesuatu yg sempat dibace bebrapa hari lepas..pehtu lupe nk copy paste....
nk copy boh dlm blog sbb nk jadikan bukti kt broe...bahawasenyer i telah mengikuti segala tips tersebut sebelum i terbace tips itu...
maknenyer...i ni antara orang yg sgt kretif dalam berguwau.....hahahahah...ADA BUNYI KERIAKKAN TAK KT CTU?...tak kn?....


meh share same2
GURAUAN SECARA SPONTAN
TIPS MENGHANGATKAN RUMAHTANGGA

Mencuit
Cuit mencuit boleh dilakukan pada bila- bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tegang semasa membuat kerja, cuit- cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian
fikirkan,jika semasa anda ganggu itu, okey atau tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tak kena gayanya, bukannya dapat menambahkan kemesraan tapi malah pelempang naik ke muka. Bukankah naya namanya.
Kenyit mata
Sekali sekala kenyit- kenyitlah mata itu pada yang tersayang. Mungkin pasangan akan rasa pelik dan ingat kita buang tebiat tapi dalam masa yang sama akan menerbitkan tanda tanya seolah-olah kenyitan kita tu sebagai isyarat tertentu. Ce try dan lihat apa respond pasangan korang!!
Memegang tangannya
Tiada salahnya minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurnya barang itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas tu pura- puralah minta maaf ops, maaf terpegang.Tak sengaja. Kalaulah ini anda lakukan, pasti dia akan melirik manja kepada anda. Mungkin kelihatan seperti adegan lakonan aksi romantis dilayar / dalam drama sahaja tapi tak salah bukan mencuba?
Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
- Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah sikit untuk melakukannya. Sekali- sekala, semasa mandi, bukalah pintu sedikit saja, jangan besar sangat. Bukalah cukup- cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sedikit kan lebih seronok daripada nampak banyak. Kemudian, buat- buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Baru ada feel.
Ops, maaf terpegang
- Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin- rajin gerakkan tangan kononnya tersentuh. Cara ini agak sudah basi tapi tiada salahnya asal anda bahagia. Kalau cuma anda berdua di kereta misalnya, seronok juga menyakat nak masuk gear, ops terpegang tangan dalam nada ala-ala bergurau.
Urut- mengurut
- Sekali sekala apa kata kalau anda urut- urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah bila- bila masa saja misalnya semasa menonton tv atau semasa berbual.
Usik melalui telefon
- Kalau ada masa, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnnya dan kononnya hendak bercakap dengan seseorang. Buat seperti tersalah nombor. Lepas itu, usiklah dia biar dia marah. Bila sudah sampai di kemuncak perbualan dan si dia memang sudah marah, anda perkenalkanlah diri. Tentu menarik. Tapi biarlah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula yang dimarahinya. atau boleh juga buat-buat tersilap dail dan sebelum memutuskan talian ucapkan perkataan I love U or I miss you tak pun paling tidak sebut take care pasti berbekas dihati pasangan nanti.
Suapkan makanan
- Bukan cuma anak- anak mau disuap. Si dia pun sekali sekala mau juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradab masa bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia barulah mesra.
Betul- betulkan rambutnya
- Kadang- kadang terlalu sibuk buat macam- macam kerja sampai diri sendiri tidak terurus. Bolehlah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul- betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman, wah romantiknya. Jika pasangan sudah berumur buat-buat la selak rambut pasangan kekonon nak cari uban biar pun tak de tak slah membuatnya kan?
Jalan macam itik
- Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, ubah sekejap cara anda berjalan. Biar lemah lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
Eh tuala terlepas
- Jika melihat si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju lepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat- buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti besar matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tapi tidak menyangka. Lepas itu terpulanglah kepada anda.
Jeling- jeling
- Kalau tenung lama- lama nanti orang marah. Malah itu cukup menjengkelkan. Jadi demi tidak menyakitkan hati orang, sebaliknya menambat hati si dia, jeling- jeling sajalah. Jeling dan senyum manja!!!
Cubit- cubit
Cubitan itu biarlah cubit sayang. Janganlah pula terlampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti lain jadinya.Elok- elok nak bergurau senda, akhirnya jadi perang.
Gesel badan
- Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu- malu untuk terbergesel dengan si dia. Tak payahlah mau mengelak, lagi rapat lagi bagus, sambil gesel sambil tangan menjalar/mengusap! Selain boleh meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh menjadi mukadimah untuk hubungan seterusnya.
Hembusan lembut di telinga
- Nampak gampang dan jarang dilakukan namun besar maknanya. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap.
Ciuman di dahi
- Kalau yang ini dilakukan, pasti ramai yang cemburu. Wah mesranya pasangan itu. Jadi jangan tunggu lama, lakukanlah taktik ini dan anda akan dapat rasa sendiri perubahannya. Elok dipractikkan sebelum berpisah ke tempat kerja.
Sembur wangian dii bilik
- Rumah adalah syurga keluarga. Oleh itu pastikanlah rumah anda sentiasa bersih dan wangi. agar tiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda akan tenang. Bila sudah tenang, segalanya akan terasa lebih mudah.
Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah natara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang kerana masing- masing terkejar- kejar takut lambat ke pejabat. Bagi yang ingin kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul- betulkan pakaiannya biar lebih kemas.
Bisikkan kata romantik
- Sedangkan berkias juga boleh romantik , apalagi kalau yang terus terang. Bisikkan pada telinganya pada mood yang sesuai. Mesti dia akan tersenyum lebar.

Cara ini memang spontan dan seronok dilakukan, tapi ada tapinya, jangan dilakukan selalu. Ia hanya boleh dilakukan SEKALI- SEKALA sahaja baru ada auranya. Selamat mencuba.


DAH BACE TAK PAPA??????????.....APA KATA ANDA?.....HAHAHAHAHA


TAK SANGKE LAK PERANGAI MA GEDIK MENGADE2 KT UMH SEMUA SEPERTI SENARAI DIATAS..HAHAHAHA...
OK...PAPA PON ADE GAK MCM DLM SENARAI TUH...TP MAMA LAGI BYK...WEK!!!!!!!!JGN JELES....!!!
SO..MAMA TAK LER GEDIK KN?..NI PETUE KT UMAH LAH..BKN SUKE2...NGEEEE




MUAHS....SAYANG PAPA..MOGA HUBUNGAN KITA BERKEKALAN...I LOVE U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...