title

KeNgKaWaN

Translate

Tuesday, November 2, 2010

tertarik artikel menarik

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL!


by Sadat Tahfiz on Saturday, October 30, 2010 at 11:37pm

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

~ehsan dari fb~

P/S: ni petikan sue bace dari fb...so sue berminat utk copy paste disini...utk tatapan n renungn bersama..n artikal ni betul2 buat kita berfikir secara logika dan bukan secara pemikiran sekarang yang bnyak dipengaruhi adat..

ye..mmg ada tuh perilaku kita turun temurun...manusia.bernama melayu mmg berpegang pada adat..seperti pepatah..biar mati ank..jgn mati adat'..(erk!tak sggup la mati ank...igt snng ker nk dpt ank...hihi)..

tp petikan

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam

tul tak petikan ni wt kn akan berfikir jauh maner kebenaran nyer...

terus terang saya sendiri berpendapat begitu..tp lumrahnyer dalam zaman sekarang...klo kita berpendapat begitu kita dianngp kolot..tak trendy....atau lebih kejam ayat kawin koboi..takder sanding bagai...hm..mentaliti masyarakat kita yg amat suke pandang hal dari sudut negatif...

pernah kita berfikir kenapa kita suke bersifat negatif dlm setiap hal?..utk aper...dan aper kepentingan nyer?...

saya sendiri berkahwin bernikah bersanding...tp sejujurnya semua yg saya lakukan itu...semuanya memenuhi perkahwinan impain saya...walaupun tidak la semegah da semasyur persandingan syeikh muzaafar syukor..tidak la seperti wedding erra fazira mahupun ct nurhaliza...

apa yang saya pentingkn adalah hal2 wajib..nikah itu saja sudah memenuhi kewajipan perkahwinan itu sendiri..tp klo bernikah di pejabat kadi..mst org anggp kawin tak dapat restu..kawin sebab tangkap basah/terlanjur..dan sebagainya..sedangkn..dlm masa yg sama..saya masih lihat ramai yg berbuat demikian...tp hakikat yg perlu ditanggung adalah kekuatan utk memekakkn telinga dan ckp2 org tentang ....itu realiti dan anda yg membaca juga mungkin salah seorang yg ske meletakkn syak wasangka pada perkahwinan yg sebegitu...tul tak?

hantaran yang tinggi baru lah org pandang.. klo org tnye..kan npk stendart sket nk sebut...;p

kawin nk grand2...bia la terpakse berggadai bergolok berhutang piutang jnji mse org dtg dpt tgk betapa besarnye wedding aku...:p

serba serbi nk yg hebat2.....tp mmg tak salah klo kita berkemampuan..tp yg leceh if lebih besar kerak dari nasi n wt kn lebih malu bila org lain bercerita n lebih tahu kemampuan kita mampu or tidak wt wedding mcm tuh..kn malu tuh?then nt..ader lak yg takut byg2 sendiri...sik perasan org nk jge hal dier..hmm...

itu la lumrah dalam alam perkahwinan...setiap org mmmg punyai impian ..klo ikutkn impian...semua pasangn inginkn perkahwinan ala fairytale tul tak?

tp saya lebih percaya pada kehidupan dan cinta selepas perkahwinan..kebahagiaan... utk apa kalo berhabis2san tp kesudahan nyer perpisahan...perkahwinan skrg ibarat tukr baju..nk pkai takmo buang..mmg jodoh pertemuan perpisahan semuaqada qadar dari ilahi...tp diri kita juga yg membentuk n mendorong kepada hal itu terjadi...

saya percaya semua berharap kebahagian dlm rumahtagge..so....awl dlm membentuk rumahtgge dan kesudahan dlm alam rumahtgge corak nyer ader pada tgn kita..jgn biarkan keadaan atau kata2 org mempengaruhi tindakan dan pemikiran kita...

sbb bukan kata2 org yg akan tolong or senangkan kita bila kita dlm kesusahan..jadi beringat2 la dlm menempuh alam perkahwinan supaya lepas kahwin tidak terbeban dgn utang2 demi nk menunjuk2 kemewahan kita..cukup sekadar pelihara rumahtgga sebaik2 nya....seperti kata penulis artikal tersebut...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...