title

KeNgKaWaN

Translate

Friday, June 19, 2015

sambungan part two

pantang
Mengikut adat masyarakat Melayu kita, adalah satu kemestian bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk melalui satu ptempoh yang dipanggil berpantang. Namun, t empoh berpantang itu adalah berbeza-beza mengikut individu. Ada yang berpantang setakat 40hari sahaja, ada juga yang berpantang sehingga 100 hari. Tujuan berpantang ini adalah tak lain dan tak bukan untuk membantu mengembalikan kesihatan ibu selepas melalui proses kehamilan dan bersalin selama lebih 9 bulan. Maklumla, sepanjang tempoh tersebut, badan ibu telah mengalami banyak 'kerosakan' dan ianya perlulah dirawat supaya ibu kembali sihat seperti sebelumnya.
Namun, pada hari ini, terdapat segelintir ibu yang memilih untuk tidak berpantang. Pada pendapat mereka, badan mereka sudah pulih seperti sedia kala dan tidak perlulah mereka melalui proses berpantang. Yelah, sepanjang proses berpantang ini, terdapat beberapa perkara yang mana ibu-ibu tidak dibenarkan untuk melakukannya, malah pemakanan sepanjang tempoh ini juga perlu dijaga, dan terdapat sesetengah makanan perlu dielakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan proses berpantang terganggu.
Apabila pantang ini dilanggar, besar kemungkinan ibu tersebut akan terkena bentan. Bentan ini bermaksud, sakit semula setelah hampir sembuh semasa dalam proses rawatan selepas bersalin. Yang dimaksudkan di sini adalah, ibu tersebut akan merasa sakit semula pada penghujung tempoh berpantang.
*Punca* dan *Isyarat* ibu terkena bentan adalah : 
 # mengambil" makanan sejuk/ "terlanggar "benda keras"    =>> akibatnya, ibu akan merasa sejuk dan badan seakan nak pitam. ini adalah disebabkan             anggota dalam badan yang masih belum sembuh dengan betul    =>> apabila ibu mengalami masalah ini, ianya akan mengambil satu jangka masa yang              agak panjang untuk kembali sembuh dan sihat seperti sediakala
Bentan boleh *dikategorikan* kepada 3 jenis, iaitu :1) *Bentan Urat*
     - ianya terjadi apabila ibu terlalu lasak/aktif ketika dalam tempoh berpantang.
     - kesannya, ibu akan merasa lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan
         seperti pada lutut, dan mengigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari, kejang otot 
         badan
     - masalah ini boleh dirawat dengan melakukan rawatan bertangas ataupun mandi wap

2) *Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim*
    - ini merujuk kepada kesakitan pada bahagian ari-ari yang sederhana/terlampau sakit 
        sehingga menyebabkan berlakunya tumpah darah
    - boleh terjadi apabila ibu mengangkat barang yang berat
    - boleh juga berlaku kesan daripada ibu tersepak objek yang besar atau pun jatuh 
        terduduk/terhempas

3) *Bentan Urat Besar (pinggang)*
*    *- urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa
        lenguh dan sakit di atas bahagian belalang
*   *- kebiasaannya terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan/czer
   - pada sesetengah keadaaan, kesakitan tersebut boleh menjadi serius dan mengakibatkan
       rasa sakit pada bahagian pinggang dan tumit

Jadi, bagaimanakah *cara*nya untuk mengelakkan diri daripada terkena bentan ini, agar ibu kembali sihat dan cergas seperti biasa? Antaranya :
a) *Ibu hendaklah mendapatkan rehat yang secukupnya*    - adalah dinasihatkan supaya ibu tidak melakukan sebarang kerja sepanjang tempoh *        *berpantang, selain daripada menjadi diri sendiri dan bayi*    *"- "dinasihatkan juga supaya ibu tidak mengangkat sebarang objek yang berat, mandi pada *        *satu tempoh yang lama, mengelakkan dari terkena hujan dan sebagainya 
b) *Mengelakkan diri dari terkena jangkitan kuman*     - ibu hendaklah menjaga kebersihan diri dengan sebaiknya sepanjang tempoh ini kerana         pada waktu ini, ibu mudah terkena jangkitan kuman terutamanya pada bahagian          peranakan, saluran kencing, dan juga rahim       - jangkitan kuman ini mudah berlaku akibat daripada perubahan hormon yang sedang          dialami oleh ibu.      - dalam tempoh ini juga, darah nifas akan keluar dengan banyaknya, jadi, ibu perlulah         kerap menukar tuala wanita bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman ini     - ianya boleh menyerang di mana-mana bahagian peranakan san faraj dan boleh          merebak melalui saluran darah seterusnya menyerang organ dalaman yang lain seperti         buah pinggang dan sebagainya
c) *Pemakanan*   - pemakanan haruslah dijaga sepanjang tempoh berpantang*   *- elakkan pengambilan makanan yang bersifat sejuk dan boleh menyebabkan angin dalam        perut seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kobis, nangka muda dan jantung       pisang   - banyakkan juga meminum air masak kerana badan memerlukan air yang secukupnya       untuk proses penyembuhan, dan juga untuk penyusuan bayi
*Tips* mengelak bentan secara tradisional...

1 comment:

Unknown said...

Тут по ссылке- лучшие индивидуалки Москвы
Простая, нежная, обаятельная и общительная девушка. Предлагаю расслабиться и душой и телом у меня в гостях. Мне можете доверить самые скрытые эротические фантазии,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...